TERTUDUH dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan. FOTO Fathil Asri
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan rompakan menggunakan parang, Ogos lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Faizal Mohd Nor@Jaafar, 28, selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak lelaki dengan bersenjatakan parang di tempat letak motosikal berhampiran Tesco, di sini, 7.30 malam, 17 Ogos 2015.

Kesalahan itu, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:22 PM