PEMBAYARAN zakat di kaunter PPZ-MAIWP di wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Dataran Shamelin. STR/ Hafiz Sohaimi
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Orang ramai yang masih belum berzakat boleh menunaikannya di semua kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sebelum 31 Disember ini bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan Hari Bersama Pembayar Zakat dengan melanjutkan tempoh operasi di 10 kaunter utama sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

"Hari Pembayar Zakat bermula hari ini hingga 31 Disember 2015.

"Waktu operasi kaunter dilanjutkan dari 8.15 pagi hingga 8 malam," katanya.

Sepuluh kaunter terbabit adalah di Taman Shamelin Perkasa, Cheras; Wangsa Maju Seksyen 5; Presint 9 Putrajaya; Anjung Niaga TTDI; Presint 15 Diplomatik Putrajaya; Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2; Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong; Masjid Abd Rahman bin Auf Jalan Puchong; Masjid Negara; UTC Pudu Sentral dan Labuan Times Square.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:10 PM