DI KUPTM, segala kemudahan moden disediakan di samping persekitaran kampus yang kondusif.
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@mediaprima.com.my

Kampus Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur menempa kejayaan tersendiri dalam kitaran sejarahnya apabila dinaik taraf menjadi sebuah kolej universiti atas kecemerlangan serta kejayaannya dalam mengendalikan program akademik di pelbagai peringkat pengajian.

Selain itu, ia turut meraih pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kejayaan yang menjadi kebanggaan kepada seluruh warga KPTM ini diterima daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan kini KPTMKL dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).

Selaras visi untuk menjadi peneraju institusi pengajian tinggi pilihan, KPTM sentiasa berusaha memastikan kualiti pengajaran dan pembelajarannya adalah terbaik khususnya dalam usaha melahirkan graduan memenuhi kehendak pasaran.

Di KUPTM Kuala Lumpur, segala kemudahan moden disediakan selain persekitaran kampus yang kondusif.

Kemudahan asrama selesa, perpustakaan dan makmal pembelajaran dilengkapi sistem terkini, kemudahan rekreasi dan pelbagai keperluan disediakan bagi membantu pelajar menguasai bidang akademik serta kokurikulum.

Keseimbangan dalam kedua-dua bidang ini bertujuan membantu membentuk pengembangan sahsiah dalam usaha merealisasikan matlamat KPTM melahirkan anak bangsa yang mampu menerajui pelbagai bidang kerjaya.

Ia sejajar hasrat KPTM untuk bersaing di peringkat global.

KUPTM Kuala Lumpur adalah satu-satunya KPTM daripada sembilan kampus cawangan di seluruh negara diberi penarafan sebagai kolej universiti.

Kini peluang terbuka luas kepada semua lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma dari mana-mana institusi pengajian tinggi untuk menyambung pengajian di KUPTM Kuala Lumpur.

Ia menerusi lima program ijazah baru iaitu Bachelor of Accountancy (Hons), Bachelor of Business Administration (Hons) Human Resource Management, Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication, Bachelor of Arts (Hons) in Applied English Language Studies, dan BSc (Hons) in Information Security.

Pada masa sama KUPTM Kuala Lumpur turut menjalankan program diploma seperti Teaching of English as a Second Language (TESL), Accounting and Finance, Computer Science dan Corporate Communication.

Begitu juga program profesional iaitu Certified Accounting Technician (CAT), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Permohonan secara dalam talian dan maklumat lanjut boleh layari laman web www.kuptm.edu.my.

Sementara permohonan dan sebarang pertanyaan melalui e-mel boleh disalurkan kepada marketing­kl@gapps.kptm.edu.my.

Antara pengiktirafan KUPTM Kuala Lumpur adalah:

1. Pencapaian dalam Penarafan MyQuest 2011, 2013 dan 2015 - Pencapaian KUPTM KL 2015:

2. Sistem Pengurusan Berkualiti MS ISO 9001:2008 - Berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008 hingga kini dan berjaya melalui Adequacy Audit, Compliance Audit dan Survelliance Audit.

3. Pensijilan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S - Mendapat pensijilan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S sejak 2014.

4. Pengiktirafan Status Emas ACCA dari United Kingdom - KPTM KL satu-satunya IPT Bumiputera yang menerima status Emas ACCA : testimoni kepada peningkatan kualiti program Profesional CAT / ACCA yang dikendalikan oleh KPTMKL.

5. Penilaian Audit Kualiti Akademik Kolej Bersekutu UiTM - KPTM menjalankan program usaha sama dengan UiTM dalam bidang Sains dan Teknologi, Perniagaan dan Pengurusan serta Sains Sosial dan Kemasyarakatan. 2012 : A, 2013 : A, 2014 : A+, 2015 : A+

6. Anugerah Pemba­ngunan Sumber Manusia (PSMB) 2013 - Dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah PSMB Kategori Majikan Besar 2013.

7. Bizz 2014 Awarded to KPTM in August 2014 - Memenangi hadiah terkemuka perniagaan The Bizz 2014 dari The World Confederation of Businesses yang berpusat di Houston, Texas Amerika Syarikat atas prestasi cemerlang dalam pengoperasian perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:01 AM