TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan). FOTO Bernama
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Pasir Gudang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan penguatkuasa secara bergilir di empat kompleks yang menjadi tumpuan pembeli telefon bimbit di ibu negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan itu sebagai langkah pemantauan dan mengelak penipuan penjualan telefon bimbit.

"Kami (KPDNKK) sudah menempatkan penguatkuasa di kaunter khas di kompleks terbabit sejak insiden kekecohan berlaku di Plaza Kotaraya.

"Turut diletakkan anggota penguat kuasa termasuk Plaza Low Yat, Pertama Kompleks dan Mara Digital," katanya pada sidang media di Econsave Taman Scientex, di sini, sebentar tadi.

Katanya, bagi tujuan penguat kuasaan empat pegawai diletakkan secara bergilir dari pagi hingga malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 1:15 PM