AKADEMI Perbadanan Nasional Berhad bantu remaja maksimum peluang bisnes dalam sektor berbeza.

SHUHADA MANSOR yakin usia bukan penghalang untuk kita berjaya. Jangan terlalu takut mencuba kerana pengalaman boleh ditimba sepanjang kita menceburi apa saja bidang. Ikuti inspirasi graduan akademi PNS sebagai panduan kepada anda yang mempunyai minat sama.

Bukan mudah mengorak langkah dalam perniagaan apatah lagi jika bermula dengan konsep suka-suka. Pesaing dalam pelbagai sektor industri makin banyak menjadikan kita, bakal usahawan muda perlu lebih kukuh dalam mencapai apa yang diinginkan.

Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menganjurkan kursus latihan kepada bakal usahawan yang tekad ‘berjuang’ dalam sektor dipilih. Kursus program Pengurus Francais Sah (CFM) ditawarkan kepada anda yang berminat.

Kursus latihan ini adalah usaha PNS meningkatkan kepakaran, membangunkan modal insan sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan daripada pelbagai latar belakang. Dalam tempoh satu setengah tahun, kursus ini mendedahkan peserta kepada 20 modul latihan merangkumi modul francaisor dan francaisi.

Berkongsi kejayaan akademi ini, beberapa francaisor berjaya mengukuhkan kedudukan dan menempa nama dalam industri masing-masing antaranya Akademi Genius Mind, Menara Optometry, Arjuna Village dan Procleaners.

Pada majlis konvokesyen OUM 2015 diadakan baru-baru ini, 25 peserta kursus CFM dianugerahkan sijil ‘Profesional Certificates in Franchise Management selain disertai 3,000 siswazah di universiti itu dalam jurusan berbeza.

Ikuti temu bual penulis bersama tiga penerima sijil yang berpotensi besar menjadi usahawan muda berjaya dalam bidang diceburi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:02 AM