SIEN Nian memeluk ibunya, Lim See Ley yang tidak dapat mengawal perasaan di rumah pengurusan mayat di Batu Pahat.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat dan Mohd Hanafis Abdul Haris
am@hmetro.commy

am@hmetro.com,my

Batu Pahat: “Dalam keadaan panik, ayah cuba menarik brek tangan bas namun gagal. Pemandu tidak dapat mengawal bas sehingga menjunam ke tebing jalan,” kata Tan Sien Nian, 36, menceritakan detik cemas dialami bapanya, Tan Yang Soon ketika pertemuan mereka di Chiang Mai, Thailand, Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, Yang Soon, 64, cedera parah bersama anak saudaranya, Ker Shin Hui, 28, selepas bas persiaran dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Chiang Mai-Chiang Rai (Lebuhraya 118) di Tambon Pamieng, Doi Saket, kira-kira 700 kilometer utara Bangkok.

Sien Nian berkata, bapanya meluahkan dari awal lagi dia merasakan mereka tidak sepatutnya menaiki bas terbabit.

Dalam kemalangan itu, kakaknya, Tan Thin Thin, 39, nenek, Low Chee Lan, 85, pasangan suami isteri, Tan Sui Heng, 54, dan Ker Bong Ngwang, 57, antara yang terkorban.

Sien Nian berkata, bapanya mula berasa tidak sedap hati selepas agensi menguruskan perjalanan mereka di Thailand membuat keputusan untuk menukar bas dua tingkat kepada bas biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 7:35 AM