SEORANG daripada tragedi bot karam ditemui. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Rizal Abdullah

mohd.rizal@hmetro.com.my.

Bintulu: Polis mengesahkan tragedi bot karam di Sungai Batang Rejang, Belaga akibat ombak kuat dari kapal tongkang.

Ketua Polis Belaga, Superintendan Melay Tingom berkata, ombak besar itu mengakibatkan bot berkenaan terbalik sebelum karam.

Menurutnya, kebanyakan penumpang adalah penduduk di sekitar kawasan kampung berdekatan kawasan itu.

"Mereka yang selamat sudah mendapatkan rawatan di klinik Belaga, manakala mangsa lain masih sedang dikesan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 7:36 PM