CHANDRA (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran kereta palsu yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkifli
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli
hmkk@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Polis menumpaskan sindiket ragut dikenali sebagai Geng Myvi yang didapati terbabit dengan 17 kes di bandar raya sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, enam lelaki dan dua wanita yang berusia lingkungan 18 hingga 50 tahun diberkas di Kampung Cenderakasih, Luyang dan sekitar ibu negeri, kelmarin.

"Kumpulan dikenali sebagai Geng Myvi ini dikenal pasti aktif dalam kes ragut sejak bulan Julai sebelum berjaya diberkas.

" Polis turut menahan seorang suspek berusia 29 dikenal pasti dalang kumpulan ini di Kampung Cenderakasih," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan ragut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 1:08 PM