FOTO Hiasan
Oleh Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my


Bintulu: Empat penumpang wanita termasuk kanak-kanak berusia empat tahun bot dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Rejang petang semalam.

Dalam kejadian pada 7 petang itu, semua mangsa dilaporkan masih belum ditemui, manakala lima penumpang lain terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasam dari polis pada jam 8.30 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya kemungkinan akan mengunakan bantuan unit udara untuk ke lokasi berikutan jarak perjalanan yang jauh.

Difahamkan selain bomba, Jabatan Pertahanan AwamBintulu dan Sibu turut dikerahkan ke lokasi bagi mengesan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 11:43 AM