PENYIASAT melihat rangka pesawat berkenaan.

New Delhi: Sebuah pesawat kecil separa tentera India terhempas di luar lapangan terbang utama New Delhi semalam, menyebabkan semua 10 penumpangnya terbunuh.

Timbalan Menteri Penerbangan, Mahesh Sharma berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca pesawat Super King milik Pasukan Keselamatan Sempadan itu terhempas.

Pesawat itu merempuh tembok sempadan lapangan terbang sebelum terhempas dalam kolam, kata pengarah Perkhidmatan Bomba Delhi A K Sharma.

Katanya, sebahagian pesawat tenggelam di dalam air.

Sekurang-kurangnya 15 jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan rangka pesawat.

Pesawat itu dalam penerbangan dari New Delhi ke Ranchi di timur India dan membawa lapan jurutera serta dua juruterbang. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 11:05 AM
Skip this ad x