Ada baiknya apabila kita yang sedang berada dalam demam Star Wars memindah turun app game hasil usaha sama Disney dan Lucasfilm Ltd iaitu Star Wars: Commander diilhamkan daripada sekuel filem terbaru itu The Force Awakens.

Pemain game ini berpeluang masuk dalam Conflicts dunia Takodana seperti dalam trailer filem Star Wars: The Force Awakens.

Dalam PVP Conflicts di Takodana akan menentang dua unit iaitu Dowutin Hunter and Luggabeast Munitioneer untuk berjaya ke peringkat berikutnya.

Tahap berikutnya pula menyaksikan setiap unit boleh dilepaskan atau unlocked melalui Cantina yang dinaik taraf.

App ini boleh didapati di Apps Store atau Google Play.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:38 AM