Lokasi tiga kanak-kanak mandi sebelum seorang daripadanya hilang dikhuatiri dibaham buaya.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Betong: Budak lelaki berusia 11 tahun hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi di Sungai Kampung Bungin, Spaoh, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Fakrul Dahari dipercayai diserang buaya ketika mandi bersama tiga rakannya.

Difahamkan, buaya itu mengigit badan mangsa dan menariknya ke tengah sungai dan terus hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong James Whelan Ngang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Balai Polis Betong, pada 3.49 petang tadi.

Katanya, operasi mencari mangsa segera dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 6:13 PM