Kuala Lumpur: Pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan kapal KD Perantau, sebuah kapal hidrografi TLDM yang sedang menjalani Senggaraan Refit di Limbungan BNS, Pangkalan TLDM Lumut, mengalami kebanjiran pada jam 11.17 malam tadi.

Usaha menyelamatkan kapal sedang giat dilaksanakan oleh BNSSB dengan dibantu oleh TLDM.

Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Kapal KD PERANTAU adalah sebuah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

Kapal itu diserahkan ke Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih(refit) mulai 10 Nov 14 .

Kapal dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos 15.

Hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran sempat dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit.

Satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 3:22 PM