Seorang lelaki melihat Janin yang ditemui.
Oleh Nabihah Kamal
am@hmetro.com.my


Rawang: Janin bayi perempuan ditemui di atas mesin loji kumbahan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, pagi tadi.

Janin itu ditemui pekerja yang melakukan kerja pembersihan di loji kumbahan berkenaan pada 10 pagi tadi sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan penemuan janin itu.

"Anggota polis daerah Gombak bersama Unit Forensik Bukit Aman yang melakukan siasatan mengesahkan bahawa janin berkenaan adalah perempuan.

"Janin dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 12:25 AM