BAGI Stacy kesetiaan dalam diri masing-masing buatkan mereka saling memerlukan.
Oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Jika dihitung dari sekarang, kurang dua bulan lagi pasangan penyanyi Stacy, 25, dan Akim Ahmad, 24, akan disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Stacy dan Akim yang mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu dijadual melangsungkan pernikahan awal Februari tahun depan.

Biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya nyanyian, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam turut mencuri waktu bagi membuat persiapan majlis perkahwinannya.

Menurut penyanyi lagu Not For Sale ini, sehingga kini sudah 60 peratus persiapan dilakukan membabitkan majlis di sebelah pihaknya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga kerana banyak membantu menguruskan majlis perkahwinan saya. Insya-Allah, kami akan mengadakan tiga majlis persandingan membabitkan pihak saya dan Akim.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 5:59 AM