BAGI Adiba, tawaran berlakon adalah rezeki dan tidak seharusnya ditolak.
Oleh Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Mungkin namanya tidak sepopular pelakon baru yang lain, tetapi lakonan Adiba Yunus, 27, semakin mendapat perhatian ramai menerusi filem seram dan watak antagonis.

Adiba cukup dikenali dengan watak sedemikian dalam filem seram seperti Badi, Nasi Tangas, Paku Pontianak dan terbaru, Banglo Berkunci.

“Bagi saya, karya seram ada keistimewaannya. Saya sendiri punya minat mendalam untuk melakonkan watak dalam filem atau drama begitu.

“Ada sesetengah pelakon takut untuk membawakan watak begitu, tapi bagi saya filem seram ada beberapa emosi yang mampu menerbitkan kepelbagaian karakter seseorang pelakon seperti rasa cinta, takut dan macam-macam lagi,” katanya.

Ditanya mengenai kecenderu­ngannya dalam menerima watak sedemikian, pelakon berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini menafikan perkara itu sebaliknya dia lebih terbuka untuk melakonkan apa saja watak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 5:00 AM