Petrus maut selepas forklift dipandunya terbalik dan menghempapnya, petang tadi. FOTO ihsan PDRM
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Lelaki warga Indonesia maut selepas dihempap forklift dipandunya yang terbalik di kawasan kuari di Jalan Kionsom, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa, Petrus Tupen Lanan, 45, maut di tempat kejadian.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa memandu forklift menuruni bukit di kuari berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik tiba di selekoh, mangsa gagal mengawal forklift itu dan terbabas sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 11:00 PM