SNS Network memperkenalkan tablet JOI sebelum ini yang dikuasakan CPU Intel Atom pada tahun lalu dengan harga hanya RM317 sahaja.

Versi kedua, JOI 7 adalah tablet Windows 8 yang hampir sama dengan JOI 8, tetapi ia datang dengan skrin lebih kecil, sebesar 7-inci.

Ia turut dikuasakan CPU Intel Atom dan mempunyai storan dalaman 16GB. Ini menjadikannya pilihan kepada mereka yang mahukan tablet Windows 8 dengan reka bentuk lebih kompak daripada JOI 8.

Satu lagi produk, JOI 8i datang dengan paparan 8 inci IPS bersama rangkaian 3G pada storan 32GB selain kamera depan dan belakang.

Ia turut mempunyai keupayaan WiFi serta bluetooth.

SPESIFIKASI:

JOI 7

Harga: RM317

Pengedar: SNS Network

OS: Windows 8

Saiz: 7 inci

Memori: 16GB

Pemprosesan: Intel Atom Z3735G

RAM: 1GB

Slot: mikroSD, mini HDMI, mikroUSB

Kamera: 2MP, VGA (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 1:43 PM