DATUK Nicol David
Oleh Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) masih yakin dengan sentuhan ratu negara, Datuk Nicol David (gambar) dan kejayaannya merangkul gelaran ke-10 berturut-turut di Terbuka Hong Kong awal bulan lalu membuktikan kehadiran Nicol di persada skuasy dunia masih relevan.

Biarpun mengalami enam kekalahan dan hanya merangkul dua gelaran tahun ini iaitu di Klasik Cleveland Februari lalu dan Terbuka Hong Kong, Presiden SRAM Huang Ying How berkata, Nicol masih lagi berbisa dan yakin pemain kelahiran Pulau Pinang itu akan kembali merampas gelaran nombor satu dunia.

Tegas Ying How, kekalahan Nicol didorong faktor luaran yang mengganggu corak permainannya dan bukan kerana prestasinya yang merudum.

“Antara faktor yang dilihat menjadi punca adalah apabila dia menghabiskan terlalu banyak masa dengan WSF (Persekutuan Skuasy Dunia) memperjuangkan skuasy untuk disenaraikan pada Sukan Olimpik.

“Faktor kedua dia perlu menyesuaikan diri dengan gelanggang baru apabila ketinggian garisan diubah sekali gus menyebabkan dia perlu mengubah corak permainannya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 5:40 AM