Rabu,22 Oktober 2014

Waktu tamat sah solat Subuh

SAYA masih keliru mengenai berakhirnya waktu subuh.

Sekiranya kita terlewat bangun dan melakukan solat Subuh pada waktu melebihi jam 7 pagi, adakah kita perlu niatkan seperti solat Subuh atau terus mengqadanya?


INGIN KEPASTIAN
Sungai Petani, Kedah


Solat ada dua jenis iaitu, yang pertama ialah qada dan keduanya, dengan niat “ada-an” iaitu dikerjakan dalam waktunya. Jika solat dilakukan ketika waktu masih ada walaupun hanya dapat satu rakaat, maka ia masih lagi dalam waktu.

Sebaliknya, jika solat ketika waktu berakhir, namanya qada. Yang perlu dilakukan sekarang ialah menyemak bila subuh berakhir kerana waktu solat setiap hari tidak sama.

Jika matahari sudah terbit jam 7 dan solat yang dilakukan sebelum waktu itu masih dikira dalam waktunya.

Sebaliknya, jika puan mengerjakan solat selepas matahari terbit, bererti puan akan qada solat tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/25
`