Isnin,20 Oktober 2014

Tidur lebih berkualiti

SLUMBERLAND Malaysia Sdn Bhd (Slumberland) yang memasarkan tilam Vono di Malaysia meletakkan sasaran peningkatan jualan sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini, apabila diperkukuhkan pengenalan siri terbarunya, Vono ErgoBed yang menampilkan ciri ergonomik.

Pengarah Urusannya, Woo Kam Fook berkata, pihaknya yakin dengan sasaran itu kerana kebanyakan pengguna semakin menitikberatkan isu kesihatan terutama berkaitan penjagaan tulang belakang dalam memilih tilam.


“Vono ErgoBed ini yang pertama seumpamanya dan direka untuk penjagaan tulang belakang serta bukan saja memberi tidur lebih berkualiti kepada pengguna, malah pada masa sama melindungi tulang belakang daripada kecederaan,” katanya pada sesi lawatan ke kilang Slumberland di Bangi, Selangor.

Vono ErgoBed direka mengikut tujuh zon sempurna bagi peletakkan kepala, leher, bahu, pinggang, pelvik, lutut dan bahagian kaki. Ia menggabungkan lapisan lateks premium dengan sistem spring Intalok yang berfungsi menyokong bahagian belakang badan dengan sempurna.


Menurutnya, sejak diperkenalkan pada September tahun lalu, siri itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna dan menyumbang kepada jualan memberangsangkan.


“Kami yakin lebih ramai pengguna mula prihatin dengan gaya hidup sihat dan memilih produk yang memberi manfaat jangka panjang.

“Malah, pemilihan Maya Karin sebagai duta jenama Vono juga antara penyumbang peningkatan jualan tilam jenama ini,” katanya.


Woo berkata, terdapat tiga model berbeza bagi siri itu iaitu ErgoBed 800 yang dijual pada harga (RM1,099), ErgoBed 800 Plus (RM1,199) dan ErgoBed 1200 (RM1,599).

Malah, siri ErgoBed 1200 mencatatkan jualan tertinggi berbanding ErgoBed 800 walaupun ia paling mahal kerana pengguna yakin dengan kualiti ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/18
`