Isnin,22 Disember 2014

Tabung Haji anjur pertandingan fotografi

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Tabung Haji, institusi kewangan Islam ini dengan kerjasama akhbar Harian Metro menganjurkan Pertandingan Fotografi Kenangan Abadi Tanah Suci bermula 1 hingga 31 Julai ini.

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untk mengirimkan gambar kenangan di tanah suci Makkah menerusi tiga kategori yang dipertandingkan dan membolehkan pemenang membawa pulang hadiah berjumlah Rm33,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/27