Khamis,27 November 2014

TV3 saji rancangan untuk kanak-kanak

SEPANJANG cuti sekolah ini pastinya kanak-kanak yang paling gembira apatah lagi ia adalah kesempatan bagi mereka untuk menonton rancangan kartun kegemaran mereka.

Bagi mereka yang tidak sabar menantikan sajian yang terbaik dan program berkualiti, TV3 membawakan dua slot cuti sekolah iaitu TV3 Kids Movie Marathon jam 9 pagi manakala Jom Relaks jam 4 petang setiap Isnin hingga Khamis.
Ceriakan hari cuti anda dengan menonton dua slot musim cuti sekolah dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah lumayan.


TV3 Kids Movie Marathon menampilkan himpunan 23 telefilem menarik yang sarat dengan eleman komedi, aksi, drama dan fantasi yang pastinya menghiburkan bukan saja kanak-kanak malahan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Antaranya, High School Musical 2, Barbie Thumbelina, The Cutting Edge: Fire And Ice, Cyberbully dan Camp Rock 2: The Final Jam.

Menerusi slot Jom Relaks pula, kisah penuh teladan berkisar cerita rakyat, legenda dan dongeng dari negara jiran akan disiarkan. Antara kisah yang akan ditayangkan adalah Putri Angsa Dan Kuda Ajaib, Putri Dalam Botol, Gadis Pemintal Benang Emas dan Gadis Dan Korek Api Ajaib.

Kanak-kanak yang berminat untuk menyertai Peraduan Terbaik Cuti Sekolah yang diadakan setiap minggu menerusi dua slot khas ini hanya perlu menghimpunkan huruf yang tertera di televisyen ketika disiarkan program itu.

Kemudian layari www.tv3.com.my/tcs dan isikan tempat kosong dengan menyusun semula himpunan huruf tersebut untuk melengkapkan misteri yang disediakan. Lengkapkan empat perkataan misteri setiap minggu dan hantarkan jawapan bersama pantun menggunakan perkataan TERBAIK.

Hadiah menarik yang menanti adalah wang tunai RM1,500, RM1,000, RM800 dan RM300. Selamat menonton dan berhibur.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/11/29
`