Sabtu,25 Oktober 2014

Surendran kesal sepak Daudsu

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pemain tengah Pahang R Surendran menyesali tindakannya yang keterlaluan hingga diperintah keluar padang ketika seri 1-1 dengan Kelantan.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia sebenarnya tidak sangka akan bertindak sedemikian ketika Pahang bergelut mendapatkan gol penyamaan.


Namun, menurutnya, dia gembira Damion Stewart berjaya menyamakan kedudukan bagi memastikan skuad Tok Gajah mengutip satu mata.

“Saya sudah belajar daripada kesilapan itu. Saya berterima kasih kepada rakan yang banyak memberikan nasihat supaya melupakan insiden itu.


“Saya minta maaf kepada pengurusan, jurulatih, rakan sepasukan serta penyokong Pahang,” katanya.


Pada perlawanan itu Surendran dilayang kad merah kerana menendang pemain Kelantan, Mohd Dausu Jamaluddin pada minit ke-80.

Ketika itu Kelantan beraksi 10 pemain dan Surendran harus berterima kasih kepada Stewart yang berjaya menyamakan kedudukan pada m-85.


Dia berharap rakan lain beraksi cemerlang menentang Negeri Sembilan yang mengejutkan Terengganu 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/23
`