Rabu,22 Oktober 2014

Semak, bayar saman melalui online dan SMS

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin membuat semakan dan membayar saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan perkhidmatan online dan SMS sebagai alternatif.

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Zabidi Zainal berkata, semakan boleh dibuat menerusi laman web JPJ (http://www.jpj.gov.my) atau laman web PDRM (http://www.rmp.gov.my).


Pembayaran boleh dibuat melalui laman web http://www.myeg.com.my dan http://www.rileks.com.my menggunakan mod bayaran kad debit atau kad kredit.

“Penggunaan perkhidmatan online akan mempermudahkan orang ramai membuat pembayaran saman sepanjang masa.


“Namun begitu, orang ramai perlu bijak menggunakan masa termasuk penggunaan masa di luar beban puncak untuk menggunakan perkhidmatan online tanpa menunggu tarikh akhir perlanjutan semakan dan bayaran bagi mengelak kesesakan ke atas talian yang boleh menjejaskan perkhidmatan seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya, semalam.


Beliau berkata, semakan saman juga boleh dilakukan melalui perkhidmatan mySMS iaitu orang ramai cuma perlu menaip POLIS SAMAN, NO KAD PENGENALAN, atau, NO KENDERAAN, dan hantar ke 15888.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tempoh lanjutan pembayaran saman trafik yang berakhir Isnin lalu dilanjutkan selama 10 hari lagi hingga 10 Mac ini.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/05
`