Sabtu,20 Disember 2014

Rajesh Khanna meninggal dunia

MUMBAI: Rajesh Khanna yang sering disebut sebagai ‘superstar pertama’ Bollywood dan pelakon filem Hindustan paling diminati pada zamannya, meninggal dunia semalam, selepas sakit selama beberapa bulan.

Dia berusia 69 tahun.


Agensi berita The Press Trust of India melaporkan, Khanna yang lebih dikenali sebagai ‘Kaka’ (pakcik) di kalangan peminatnya, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Mumbai selepas keluar dari hospital awal minggu ini.

Khanna bukan berasal dari dinasti pelakon seperti kebanyakan aktor Bollywood lain. Dia dilahirkan di Amritsar, barat laut India pada 1942 dan mula berlakon di pentas pada zaman persekolahannya.


Filem pertamanya berjudul ‘Aakhri Khat’ (Surat Terakhir) yang diterbitkan pada 1966. Bagaimanapun, popularitinya meledak tiga tahun kemudian menerusi filem ‘Aaradhna’ (Sembah), diikuti dengan lebih banyak kejayaan menerusi filem selepas itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19
`