Sabtu,25 Oktober 2014

Pengajar fahaman Syiah buat laporan polis

PENDANG: Seorang tenaga pengajar fahaman Syiah bersama beberapa pengikutnya dari Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar, dekat sini, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang semalam, kerana kecewa dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa fahaman itu adalah sesat.

Ini berikutan Jais menahan hampir 200 orang yang didakwa berfahaman Syiah di Gombak pada 16 Disember lalu, malah pihak terbabit didakwa menyebarkan fitnah terhadap fahaman itu.


Pengajarnya, Abdullah Hassan, berkata fahaman Syiah yang diamalkan di Malaysia ialah fahaman Syiah Imam Miah dan ia tiada langsung mengamalkan seperti didakwa Jais hingga menyebabkan mereka kini dipandang serong.

Katanya, Jais perlu mengkaji dan mempelajari fahaman Syiah Imam Miah sebelum mengambil tindakan serta mengeluarkan kenyataan di media cetak dan elektronik.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/07
`