Rabu,22 Oktober 2014

Pencarian bayi comel, keletah

Oleh Siti Zarinah Sahib

ANDA mempunyai bayi comel, sihat dan keletah serta ingin bersama-sama bayi tersayang menyertai pertandingan bayi yang terbesar di Malaysia? Jika bayi anda berusia lingku要gan tiga hingga 36 bulan, anda patut mencuba nasib menyertai peraduan bayi comel anjuran John貞on & Johnson yang diadakan bagi kali ke-19.

Menurut Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Joy苞e Lee, Johnson’s Baby sangat teruja meneruskan peraduan bayi yang menjadi acara terbesar tahunan.

Sejak bertahun-tahun lama要ya, acara ini menjadi kebanggaan Johnson & Johnson kerana memberi peluang kepada ibu di Malaysia menonjol虺an bayi mereka yang bukan saja comel tetapi sihat.

“Pada tahun lalu, Johnson & Johnson menerima 19,450 pe要yertaan iaitu bilangan tertinggi yang pernah diterima setakat ini dan kami berharap jumlah pe要yertaan akan melebihi 20,000 tahun ini,” katanya.


Lee menambah, peraduan tahunan ini bukan saja mencari bayi comel, cerdas dan sihat tetapi memberi peluang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama si manja mereka, sekali gus merapatkan perhubungan keluarga apabila ibu bapa cuba bermesra dengan bayi mereka ketika mengambil gambar yang sempurna.


“Selain menyediakan ruang bagi ibu bapa menampilkan aksi si manja, mereka juga berpeluang meluangkan masa bersama bayi mereka, sekali gus memupuk perhubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak,” jelasnya.

Peraduan ini diadili juri profesional bagi menilai tahap kecerdasan dan kesihatan setiap bayi berdasarkan umur mereka. Barisan pengadil bukan saja menilai dari sudut kecerdasan, kesihatan dan rupa, malah bayi yang mempunyai senyuman, lirikan mata atau faktor pesona akan dinobatkan sebagai ‘putera’ atau ‘puteri’ Johnson & Johnson 2011.

Beena a/p Babu, ibu kepada Rishab Prashant dari Kedah yang dinobatkan sebagai Baby of the Year 2010 berkata, dia tidak pernah bermimpi untuk bergelar juara kerana mereka menyertainya hanya sebagai aktiviti keluarga.

“Pertandingan ini adalah penga衍aman menyeronokkan. Masa yang dihabiskan bersama-sama ketika menyertainya menjadi kenangan terindah, sekali gus mengeratkan hubungan sesama keluarga. Saya sungguh berbang茆a dengan Rishab, yang ketika itu baru berusia 10 bulan. Dialah putera hati saya dan menjadi putera peraduan ini pada tahun lalu,” katanya.

Untuk menyertai pertandi要gan ini, ibu bapa perlu me要gambil beberapa gambar bayi mereka dalam sudut penuh dan muka bayi dalam cetakan ukuran 3R atau 4R.
Kemudian, mereka harus membeli mana-mana produk bayi Johnson dan menghantar resit pembelian bersama borang penyertaan. Penyertaan boleh dihantar melalui tiga cara iaitu pos, dalam talian atau mana-mana kaunter mengambil gambar yang disediakan penganjur.

Ibu bapa boleh mengam苑il gambar ini sendiri atau datang ke mana-mana kaunter mengambil gambar supaya aksi menarik dan manja mereka boleh dirakam jurugambar profesional dan dapat menyertai peraduan ini serta-merta.

Hanya bawa puteri atau putera anda ke mana-mana 60 kaunter mengambil gambar di pasar raya besar di seluruh Malaysia sepanjang Julai ini untuk mengambil gambar secara percuma.

Sekiranya ibu bapa berhas訃at menghantar gambar secara pos, lengkapkan borang peraduan dan sertakan gambar si manja bersama bukti pembelian atau anda boleh melakukan perkara yang sama dalam talian dengan memuat naik gambar bersama bukti pembelian di laman web www.babycenter.com.my/johnsonsbaby/boty2011.

Penyertaan awal akan berpeluang memenangi pakej pelancongan ke Disneyland Hong Kong untuk empat orang. Tawaran ini hanya sah bagi penyertaan dalam talian di www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com, bermula 1 hingga 21 Julai ini saja. Putera atau puteri yang menerima undian tertinggi akan memenangi hadiah melancong ke Disneyland.

Selain dinobatkan sebagai pemenang, putera atau puteri yang paling menawan hati akan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 serta berpeluang tampil sebagai model kulit majalah keibubapaan dan hamper barangan bayi bernilai RM1,000.

Pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi hadiah wang tunai RM8,000 dan RM5,000 selain hamper bernilai RM800 dan RM500.

Untuk hadiah sagu hati bagi tujuh peserta akhir daripada kumpulan finalis serta 10 peserta separuh akhir akan menerima wang tunai RM1,000 dan hamper Johnson bernilai RM200 setiap satu.

Bagi peserta separuh akhir pula, setiap mereka akan memenangi hadiah wang tunai RM500 dan hamper bernilai RM100 setiap satu. Tarikh tutup penyertaan 31 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut menge要ai peraduan boleh melayari laman web www.babycenter.com.my/johnsonsbaby/boty2011.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/12
`