Jumaat,19 Disember 2014

Pantai beri ketenangan

Oleh Suliati Asri

Bersantai di pantai dengan pemanda-ngan indah laut luas membiru dan pasir yang memutih adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menghirup air kelapa yang sejuk sambil dibuai dengan angin sepoi-sepoi bahasa bagaikan membawa segala kekusutan yang dirasai pergi jauh-jauh.

Itulah yang pastinya dirasai saat bercuti di pulau dan tepian pantai yang sememangnya antara destinasi yang harus dikunjungi saat merancang untuk bercuti.

Justeru, berpandukan daripada maklum balas jutaan pelancong di seluruh negara, 276 pantai yang menjadi pilihan pelancong di seluruh dunia.


Antara pantai yang menjadi kegemaran kebanyakan pelancong termasuklah pantai di Afrika, Asia, Caribbean, Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan banyak lagi.


Pasir yang putih, laut yang membiru, kepelba­gaian aktiviti laut, pemandangan matahari terbit atau terbenam yang di sajikan pasti tidak dapat dilupakan.

Mahu pergi bercuti di tepi pantai, pantai yang memenangi Anugerah Pantai Pilihan Pelancong 2013 mungkin destinasi harus anda kunjungi.


Pantai di Asia dan seluruh dunia yang menjadi pilihan jutaan pelancong seluruh dunia.


Top 10 Pantai di Asia:

1. White Beach, Boracay, Visayas, Filipina
2. Pantai Agonda , Goa, India
3. Pantai Railay, Thailand
4. Pantai Radhanagar, Andaman dan Pulau Nicobar, India
5. Pantai Phra Nang, Krabi, Thailand
6. Pantai Nai Harn, Phuket, Thailand
7. Pantai Cavelossim, Goa, India
8. Pantai Otres, Sihanoukville, Cambodia
9. Pantai Secret Lagoon, Mimaropa, Filipina
10. Pantai Yapak, Boracay, Visayas, Filipina


Top 10 Pantai di Dunia:

1. Rabbit Beach, Lampedusa, Itali
2. Grace Bay, Providenciales, Turki dan Caicos
3. Pantai Whitehaven, Airlie Beach, Australia
4. Baia do Sancho, Fernando de Noronha, Brazil
5. Flamenco Beach, Culebra, Puerto Rico
6. Playa de las Catedrales, Ribadeo, Sepanyol
7. Lopes Mendes Beach, Ilha Grande, Brazil
8. Horseshoe Bay Beach, Southampton Parish, Bermuda
9. Eagle Beach, Aruba
10. Rhossili Bay, Swansea, Wales

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21
`