Jumaat,19 Disember 2014

Panggilan nama pasangan

SAYA mempunyai keraguan mengenai panggilan yang kita gunakan untuk suami atau isteri. Adakah menjadi satu kesalahan jika si isteri memanggil suaminya dengan panggilan ‘papa’ manakala si suami memanggil isterinya dengan panggilan ‘mama’?

Ada pendapat mengatakan kita tidak boleh memanggil suami atau isteri dengan panggilan yang merujuk kepada ibu dan bapa kerana bukan mereka yang melahirkan kita walaupun niat kita ia sekadar panggilan manja.

KELIRU
Sungai Buloh


Suami dan isteri mesti ada sikap hormat dan menghormati. Panggilan manja khusus untuk pasangan masing-masing turut digalakkan kerana Rasulullah juga ada panggilan manja untuk isterinya.


Tidak ada larangan untuk memanggil pasangan dengan panggilan ‘papa’ dan ‘mama’ tetapi ia mungkin mengelirukan anak.

Adalah digalakkan dalam Islam, jika mempunyai anak bernama Qasim, si suami boleh dipanggil Abul Qasim manakala isteri dipanggil Ummu Qasim supaya bertambah berkat dengan nama anak itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/12

Artikel Lain

`