Isnin,29 Disember 2014

Operasi penerbangan di KLIA seperti biasa

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan operasi semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjalan seperti biasa.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MAHB berkata pusat sokongan telah diwujudkan di Aras 5 Anjung Tinjau, Bangunan Utama Terminal untuk memudahkan pengendalian anggota keluarga pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang hari ini.

"Kami bersama-sama keluarga dan rakan penumpang pesawat MH370 dalam keadaan sukar ini.

"Kami akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu Malaysia Airlines dan keluarga serta rakan yang datang ke lapangan terbang," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08