Sabtu,22 November 2014

Najib dahului senarai

Oleh ZAITIE SATIBI

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Najib dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK), manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dianugerahkan Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Sri Diraja.


Datuk Tengku Nong Suraya Sultan Abu Bakar yang juga adinda Sultan Pahang, mengetuai senarai 20 penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima SSAP lain antaranya adinda Sultan Pahang, Datuk Tengku Sulaiman Sultan Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Abu Samah Nordin, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Mohamed Khalid Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad.


Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zamzamin Hashim, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefeli Mohd Zin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Tengku Azmil Zaharuddin Raja Abdul Aziz, Presiden Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA), Joseph S Blatter, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab Aziz Kasim dan Pengerusi Proton Holdings Berhad, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.


Dua penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Seramai 26 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Puan Sri Zaiton Mhad Ali, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Zulkefli Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Dr Rosli Mohamed dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sumber Manusia, Mohd Shariff Hussin.


Pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Malaysia, Sulaiman Md Zin dan Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Roslan Ab Rahman.

Seramai 92 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chong, dua Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa dan Zainal Azman Ab Aziz, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Datin Dr Marlia Mohammed Salleh, penerbit, pengarah dan pelakon veteran, Datin Rosnani Ludin dan Pengarah Jabatan Kerjaraya Malaysia, Aishah Othman Pegawai Daerah Rompin, Syed Ahmad Fuad Syed Taha, Pegawai Daerah Pekan, Mohd Fadzli Mohd Kenali, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tarif Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Syed Mohd Nor Syed Jaafar dan pengulas sukan RTM.


Sementara itu, 31 menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan 76 menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP).

Artikel ini disiarkan pada : 2010/10/24
`