Khamis,23 Oktober 2014

Misteri muzium berhantu

Oleh Syanty Octavia Amry

Bagi penggemar rancangan paranormal, sesuatu yang menarik menanti anda pada 4 Oktober ini apabila misteri yang ada di sebalik Muzium Perang Pulau Pinang atau ‘Penang War Museum’ di Bukit Bendera akan dipaparkan.

Apa yang menarik, rancangan yang bakal ke udara menerusi saluran National Geographic itu mengete要gahkan pengacara tempatan berpengalaman, Nazrudin Habibur Rahman (Naz) serta Robert Joe, seorang pengembara serta blogger berbangsa Amerika-Korea.

Program yang bakal ke udara pada jam 11 malam itu berjudul I Wouldn’t Go In There - Malaysia: Haunted Museum. Ia bakal membongkar kisah sebenar di sebalik cerita muzium yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia itu.

Bagi kebanyakan warga Malaysia, tempat ini dikatakan sangat menyeram虺an kerana ia sudah hilang ditelan hutan belantara selama 60 tahun. Namun baru-baru ini, ia ditemui semula dan ditukar menjadi muzium perang namun yang menjadi misteri, ramai mempercayai kawasan berkenaan berhantu.


Penduduk tempatan juga mengatakan kawasan berkenaan adalah bekas kubu yang dibina pihak British tetapi ditawan tentera Jepun lalu digunakan sebagai kem banduan peperangan. Dengan kata lain, ia menjadi tapak hukuman menyebabkan kawasan itu masih dihantui roh mereka yang terbunuh.


Mendengar perkara itu, bunyinya seperti sangat menyeramkan, namun tidak bagi Robert yang me要ganggap kawasan itu tidak berhantu tetapi mempunyai sejarah hebat yang perlu dileraikan.

Dalam episod menarik ini, Naz dan Robert akan sama-sama mencari jawapan apakah sebenarnya yang terdapat di dalam muzium berkenaan. Adakah misteri di sebalik kisah seram itu yang selama ini tidak diketahui umum.

Ditemui pada majlis pe要genalan program berkenaan, baru-baru ini, Naz berkata, dia sangat teruja apabila diberi peluang mengacarakan program paranormal seperti itu yang baru pertama kali dirasainya.

Katanya, dia sendiri tidak pernah sampai ke sana walaupun pernah beberapa kali berkunjung ke Pulau Pinang sebelum itu.

“Sebagai warga Malaysia, memang sudah banyak yang saya dengar mengenai Penang War Museum ini, namun tidak pernah pergi ke sana. Jadi, apabila ditawarkan untuk me要gacarakan program ini di samping Robert, saya terus teruja kerana kami dapat membuka minda dan membongkar kisah misteri.

“Selalunya ramai orang akan cuba menjauhkan diri kalau ada perkara seram dan entiti yang menakutkan, contohnya seperti hantu, lembaga, kematian dan kisah pembunuhan.

“Namun kali ini saya teruja untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik muzium perang ini dan semuanya akan terungkai menerusi program I Wouldn’t Go In There - Malaysia: Haunted Museum,” katanya.

Naz berkata lagi, banyak juga perkara pelik yang mampu dilihatnya sepanjang berada di dalam muzium itu, namun semuanya akan terjawab dalam program itu kelak.

“Saya yakin penonton tidak sabar untuk me要yaksikan dan mengetahui apakah yang ada dan berlaku terhadap muzium ini. Kami juga turut menemu bual orang ramai, penduduk sekitar, saksi utama, mereka yang terselamat dan pakar mengenai kebenaran tempat ini dan me要gapakah orang ramai tidak mahu datang ke situ. Jadi jangan lepaskan peluang menonton program ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/25
`