Isnin,22 Disember 2014

Mandjou ganti Onyekachi

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

KELANTAN mula membuat persediaan awal untuk menghadapi saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila mendapatkan seorang lagi pemain import, Keita Mandjou bagi menggantikan pemain dari Nigeria, Nwoha Onyekachi yang tamat kontrak.

Pengambilan pemain import terbaru itu nyata menunjukkan kesungguhan The Red Warriors untuk berdepan saingan di peringkat antarabangsa dan mencipta kejayaan besar musim ini.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam laman facebooknya menyatakan persetujuan sudah dicapai dengan Mandjou akan menyertai mereka untuk saingan AFC bermula Jun ini dengan pemain dari Guinea itu dijangka tiba di Kota Bharu minggu depan.

Selain itu, Annuar turut menyatakan Mandjou akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 8 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/02

Artikel Lain

`