Ahad,23 November 2014

Kursus bahasa Inggeris percuma

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk jenama ECPI, Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd, dengan kerjasama The Open International University for Complimentary Medicines menganjurkan kursus perbualan bahasa Inggeris secara percuma di Dewan Kuliah ECPI Desa Melawati, di sini.

Pengarah Urusan syarikat terbabit, Zahari Saad berkata, penganjuran kursus berkenaan ialah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan usahawan meningkatkan tahap komunikasi dalam bahasa antarabangsa itu.


Katanya, pengambilan pertama bermula Februari ini membabitkan dua kumpulan iaitu pelajar sekolah dan dewasa manakala tempoh kursus tiga bulan. Kursus bermula 8.30 malam hingga 10.30 malam. Orang ramai yang berminat menyertai kursus itu boleh menghubungi talian 03-41058811.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/12
`