Khamis,27 November 2014

Kontinjen negara sasar 40 pingat

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Malaysia meletakkan sasaran tiga kontinjen terbaik pada Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asia 2013 di Stadium Darulmakmur dari 19 hingga 22 September.

Dengan penyertaan sembilan negara termasuk Malaysia, kejohanan kali pertama itu bakal menyaksikan penyertaan 200 atlet bawah 18 tahun.


Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Ee Hong berkata, lapan negara yang akan menyertai kejohanan itu membabitkan China, India, Hong Kong, Macau, Thailand, Mongolia, Brunei dan Sri Lanka.

Menurutnya, kontinjen negara menampilkan 35 atlet, 19 lelaki dan 16 perempuan dalam misi meraih 40 pingat ditawarkan pada kejohanan itu.


“Namun, kita sedar China dan India pencabar utama kerana mempunyai barisan atlet berwibawa untuk mem bawa pulang pingat emas.


“Sebab itu kita hanya sasarkan tiga kedudukan terbaik. Tapi jika Malaysia muncul juara keseluruhan, ia boleh dianggap bonus kerana kejohanan ini yang pertama dipertandingkan dan kita pula menjadi tuan rumah,” katanya selepas merasmikan maskot, logo dan laman web kejohanan baru-baru ini.

Perasmian bakal disempurnakan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, pada 18 September.


Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan mengalu-alukan kehadiran orang ramai terutama pelajar menyaksikan kejohanan yang mampu melahirkan atlet bertaraf dunia masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/31
`