Rabu,22 Oktober 2014

Kes Cinnang jadi bualan

Klang: Kejadian yang menimpa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, yang dipercayai menjadi mangsa jenayah seksual menjadi bualan penduduk di Bukit Tinggi kerana itu adalah kejadian pertama membabitkan kanak-kanak di kawasan itu.

Penduduk, Fauziah Yusroni, 23, berkata, dia tinggal bersama empat anaknya sejak empat tahun lalu di kawasan itu dan tidak pernah mendengar kejadian seumpamanya walaupun ada yang berpendapat kawasan tempat tinggalnya itu bahaya.


Dia yang bekerja di sebuah restoran makanan segera itu berkata, pada malam Rabu itu, dia berjalan ke tempat kerja dan melihat orang ramai berkumpul di tempat kejadian kira-kira jam 10.30 malam tetapi tidak menghiraukannya.

“Saya hanya sedar mengenai kejadian itu kira-kira jam 7 pagi selepas diberitahu rakan mengenai mayat kanak-kanak yang ditemui di kawasan tempat letak kereta itu.


“Kawasan itu memang gelap kerana tiada lampu jalan sejak saya mula berpindah ke sini dan ia juga dipenuhi kereta dan bas kilang pada waktu malam,” katanya.


Fauziah berkata, sejak kejadian itu, penduduk kini lebih berhati-hati.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11
`