Sabtu,25 Oktober 2014

Kejatuhan Bashar bakal untungkan rejim Zionis

BAITULMAQDIS: Kejatuhan Presiden Bashar al-Assad akan menamatkan pakatan Syria dengan Iran dan pemimpin negara berkenaan, Mahmoud Ahmadinejad, sekali gus menguntungkan Israel, kata Menteri Perisikan rejim Zionis, Dan Meridor.

Menurut Meridor, memang berlaku pakatan akrab di antara Bashar - Mahmoud dan Teheran - Damsyik dan sebarang langkah menggagalkan hubungan itu memberi faedah untuk Israel.


“Kami bukan memberi nasihat. Secara praktikal, dunia Arab menentang regim Syria dan kita perlu menunggu apa berlaku selanjutnya,” katanya kepada radio tentera Israel, semalam.

Tel Aviv memantau secara dekat perkembangan di negara jirannya itu ketika orang ramai terus bangkit menolak Bashar.


Sebelum itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengeluarkan kenyataan mengecam “pembunuhan beramai-ramai orang awam tidak berdosa di Syria.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/27
`