Sabtu,29 November 2014

Jambatan gantung runtuh

GEMAS: Jambatan gantung yang menjadi laluan pintas penduduk Kampung Kurnia Di Raja dan penempatan sekitarnya untuk ke Pekan Pasir Besar runtuh akibat banjir yang melanda daerah Gemas, baru-baru ini.

Jambatan berkenaan sebelum ini digunakan penunggang motosikal dan pejalan kaki sebagai jalan pintas keluar masuk bagi melakukan urusan harian termasuk ke kebun getah di Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir berhampiran.


Kemudahan untuk penduduk yang dibina pada awal 1980-an sebelum ini pernah runtuh dalam banjir besar pada 2006 lalu, namun dibina semula dan kini sekali lagi runtuh disebabkan dilanggar kayu besar dihanyutkan air banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Besar, Ismail Mohd, berkata dia menyedari kerosakan jambatan itu ketika membuat tinjauan sekitar kampung selepas banjir surut.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/07
`