Ahad,28 Disember 2014

JPA semak pencen bekas guru

BALING: Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), membuat semakan berhubung seorang pesara guru mendakwa tidak menerima wang pencen sejak Februari lalu sekali gus menimbulkan kesulitan.

Warga emas itu, Abdullah Ismail, 104, dari Kampung Seberang Pekan, di sini, mendakwa dia hanya menyedari wang pencen RM221 berkenaan dipotong apabila mengemas kini buku akaun bank, baru-baru ini.


Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata pihaknya mendapati pesara guru berkenaan layak mendapat pencen kerana mempunyai rekod perkhidmatan berdasarkan dokumen yang diberikan.

Menurutnya, bayaran pencen yang diterima pesara guru berkenaan sebelum ini belum diselaraskan dan pihaknya akan melakukan penyelarasan dari semasa ke semasa. “Mujurlah kita menerima semua rekod perkhidmatan kerja yang disimpan bagi memudahkan JPA menguruskan bayaran yang tertunggak. Lagipun, dia (Abdullah) bersara pada 20 November 1950 dan kini sudah genap 61 tahun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/09

Artikel Lain

`