Khamis,23 Oktober 2014

Inspirasi suasana tenang

Oleh Hartini Mohd Nawi

Berada di tengah kehijauan alam semula jadi yang memberikan ketenangan sepanjang masa, meletakkan Clubhouse Bandar Bukit Mahkota tampil eksklusif dan privasi.

Selain dimanfaatkan ahlinya, ia kian popular sebagai lokasi majlis perkahwinan.

Dek kerana latar landskap yang dipenuhi saujana indah mata memandang, suasana kemeriahan bagaikan berada di sebuah perkampungan jauh daripada kesibukan kota.

Terbentang luas di depan mata tasik buatan dilengkapi jambatan yang menawarkan seni bina unik.

Foto

SAUJANA indah mata memandang.

Foto

RUANG rehat yang dilengkapi wakaf unik.

Foto

NIKMATI suasana selesa dengan set kerusi santai ini di pekarangan lobi.

Foto

BINAAN jambatan berikan pelbagai kelebihan.


Tasik yang mengilhamkan kedamaian dan pemandangan indah khususnya teratai itu antara sudut paling popular merakam gambar perkahwinan.


Pengarah pemasarannya, Mohd Asmawi Abdul Jamal, berkata lokasi paling strategik itu tidak pernah mengecewakan pengantin dan keluarga di hari bahagia berkenaan.

“Sebaik tiba untuk meninjau situasi di sini, kebanyakan bakal pengantin sudah teruja dan tidak sabar untuk mengadakan majlis bersejarah mereka.

“Biar pun sekadar pemandangan biasa, anda yang pernah berkunjung ke rumah kelab ini lebih merasai kelainan dan keistimewaannya,” katanya.

Ditambah dengan persekitaran nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa, ia turut menjadi hadiah paling bermakna buat pencinta alam semula jadi.

Latar landskap bermula dari ruang hadapan rumah kelab itu apabila disajikan dengan pelbagai pepohon hijau.

Reka letak yang selari dan hidup subur memperlihatkan panorama hebat dan sukar ditemui di tempat lain.

Ruang di kiri dan kanan lobi yang dilengkapi dengan set kerusi santai serta praktikal untuk suasana istirahat sambil menghirup udara segar.

Mengadap tasik indah itu, trek joging yang disediakan kepada ahlinya memberi peluang pemandangan alam ditatap ketika beriadah atau bersenam.

Sesekali jatuhan air yang melimpah dari kolam itu memecah keheningan sekali gus menginspirasikan suasana tenang.

Keindahan malam lebih menjanjikan kelainan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Azura Catering turut menawarkan pakej bufet Ramadan dengan sajian ala desa bermula 10 Julai ini.

Kunjungi Clubhouse Bandar Bukit Mahkota, Jalan Mahkota 6, Seksyen 7, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Layari Facebook Azura Catering atau laman web: http//azuracatering.blog­spot.com atau e-mel kepada azuracatering@gmail.com untuk tempahan atau sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
`