Khamis,23 Oktober 2014

Hukum kenduri arwah

SAYA ingin mendapatkan penjelasan Datuk mengenai mengadakan majlis kenduri arwah, adakah ia haram? Mengenai solat subuh, apakah hukumnya membaca doa qunut?


SHAHRUL

Alor Gajah, Melaka

Ada dua pendapat ulama mengenai mengadakan kenduri arwah. Ada yang mengharuskan dan ada berpandangan sebaliknya. Pendapat yang mengharuskan melihat perbuatan sedemikian sebagai mendapat pahala dan dituntut dalam Islam selagi ia tidak memberatkan keluarga si mati.

Jangan pula dilihat sebagai kewajipan memberatkan sebaliknya jika keluarga dengan sendiri rela memberi makan pada tetamu yang hadir membaca tahlil, ia adalah harus.

Memang benar kenduri arwah dan majlis tahlil itu adalah bida’ah tetapi bida’ah hasanah (bida’ah yang baik dan setidak-tidak- nya, mendapat pahala kenduri dan zikir) kerana ia terbahagi kepada dua iaitu bida’ah hasanah (dituntut) dan bia’ah Dolalah (haram melakukannya).

Perlu diperjelaskan bahawa agama Islam itu luas, bukan sempit, dan tidak seharusnya kita menyempitkannya lagi. Malahan, bida’ah adaalah sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pada zaman ini, banyak perkara yang tidak dilakukan oleh baginda tetapi dituntut dalam Islam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/12

Artikel Lain

`