Ahad,21 Disember 2014

Empat lagi kapal China ke selatan Lautan Hindi

BEIJING: Sekurangnya tujuh kapal China akan bergerak ke selatan Lautan Hindi untuk mencari dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370, lapor agensi berita China, Xinhua.

Kapal penyelamat Haixun 01, Haixun 31, Nanhaijiu 101 dan Nanhaijiu 115 sudah bersedia untuk berlepas ke lokasi berkenaan.

Tiga kapal tentera laut dalam perjalanan ke lokasi berkenaan.

Kapal pemecah ais , Snow Dragon yang kini berada di Fremantle, Barat Australia juga berlepas ke kawasan berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21