Sabtu,25 Oktober 2014

Datuk kejam dijel

Oleh Norasikin Daineh

KOTA KINABALU: Perbuatan kejam seorang datuk menghempas cucu perempuannya berusia dua tahun ke lantai dan katil berulang kali, terbalas apabila dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Mijon Yusuf, 49, mengaku bersalah mendera cucunya di rumah mereka di Kampung Lonou, Menggatal, kira-kira jam 3.50 petang pada 7 Jun lalu.

Mengikut fakta kes, seorang daripada anak pengadu mendakwa melihat tertuduh mengangkat mangsa lalu menghempasnya ke lantai dan katil.

Bagaimanapun kanak-kanak itu sempat diselamatkan ibu saudaranya yang kebetulan berada di rumah daripada terus dibelasah.


Ibu mangsa yang mengetahui perbuatan itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama selepas tidak tahan melihat keadaan anaknya itu.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/14
`