Isnin,24 November 2014

Bunuh suami

Oleh Norul Awatif Romli

Shah Alam: Akibat tidak tahan dengan cacian, seorang suri rumah warga Myanmar nekad menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di Taman Bukit Kinrara, Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 27 tahun dikatakan bertindak menikam suaminya yang bekerja sebagai tukang cat kereta itu selepas berlaku pergaduhan kecil antara mereka.

Difahamkan, suspek mula ‘naik angin’ selepas mangsa berusia 25 tahun itu mencaci serta menghina keluarganya sebelum menuju ke dapur dan mencapai sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek yang seolah-olah dirasuk hantu itu kemudian menikam dada mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri kerana ketakutan selepas melihat suaminya tidak lagi bernyawa.


Katanya, suspek kemudian menghubungi rakan suaminya yang bekerja sebagai tukang besi memaklumkan mengenai kejadian sebelum lelaki itu membuat laporan polis.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
`