Isnin,22 Disember 2014

Bot karam: Mayat ditemui 2 Km dari tempat kejadian

BELAGA: Mayat seorang mangsa bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam Bungan, Sungai Rajang, dekat sini, pada Selasa lalu ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, pagi tadi.

Mayat Tujok Lah, 44, ditemui terapung berhampiran rumah panjang Uma Tevok, oleh penduduk kampung serta pasukan mencari dan menyelamat pada jam 7 pagi.

Pegawai Medan Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Belaga, Bakar Sebau, mayat berkenaan kini dihantar ke Klinik Kesihatan Belaga untuk bedah siasat.

"Itu adalah mayat pertama yang kita jumpa setakat ini dan ahli keluarga mangsa sudah pun dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa berkenaan,"katanya kepada pemberita di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Artikel Lain

`