Sabtu,25 Oktober 2014

Biskut menyelerakan

Oleh Nor Faizah Mohamed

PERKEMBANGAN minda dan fizikal yang sihat amat penting bagi kanak-kanak khususnya dalam fasa awal pertumbuhannya.

Selain memberikan kasih sayang dan memastikan keperluannya dipenuhi, golongan cilik ini perlu didedahkan dengan pengambilan makanan kaya nutrien agar dapat membesar dengan baik.

Justeru, Captain Munch menawarkan biskut yang bukan saja enak dinikmati malah memberikan kebaikan vitamin penting untuk kesihatan menyeluruh.

Rangkaian Captain Munch, yang kini hadir dengan produk diperbaharui, dihasilkan khusus untuk membantu perkembangan diri kanak-kanak.


Merangkumi produk Cookies, Cream Sandwich dan Plain Sweet, produk Captain Munch diperkaya dengan vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 serta kalsium yang penting untuk menggalakkan pertumbuhan sihat pada kanak-kanak.


Selain menawarkan bermacam biskut penuh nutrisi, Captain Munch juga boleh didapati dalam pek kecil atau besar, lalu sesuai dinikmati pada bila-bila masa, di mana jua dan lebih menyeronokkan apabila dikongsi bersama teman.

Seiring dengan elemen pengembaraan yang cuba diterapkannya, Captain Munch kini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai sendiri aktiviti serta tarikan yang ada di taman tema Legoland Malaysia.

Terokai dunia daripada perspektif Gulliver di Miniland. Alami juga permainan berkelajuan tinggi di Lego Technic, di mana segala-galanya bergerak pantas, besar dan penuh aksi.

Tidak ketinggalan merasai pengalaman terbang dari pokok ke pokok di Land of Adventure, di mana binatang liar dan makhluk mengagumkan berkeliaran di bawah pokok.

Teruskan pengembaraan dengan menyusuri jambatan gantung ke istana gergasi di Lego Kingdom dan berdepan naga yang akan membawa pengunjung merasai permainan berikutnya.

Di Lego City pula, pesawat dan bot menunggu arahan pengunjung untuk melakukan aktiviti seterusnya. Semua keriangan unik ini boleh dirasai dengan menunjukkan pembalut pek promosi Captain Munch di kaunter tiket Legoland Malaysia.

Tiada bayaran masuk dikenakan bagi setiap kanak-kanak. Dapatkan pek promosi Captain Munch hari ini dan nikmati aktiviti menyeronokkan di Legoland Malaysia.

Tawaran ini sah mulai 15 September hingga 31 Disember 2012.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/21
`