Ahad,23 November 2014

Andaian, ramalan tak sama

APAKAH hukumnya jika seseorang itu mempercayai ramalan yang dibuat oleh pengamal perubatan alternatif atau bomoh? Lebih mengelirukan, apa yang terjadi adalah seperti mana yang diramalkan dan ini membuatkan seseorang itu bertambah kuat kepercayaannya kepada pengamal perubatan itu. Minta pandangan Datuk.

ROHANA
Segamat



Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang menemui tukang tilik dan mempercayai tilikannya atau ramalannya, maka dia kufur”.
Daripada hadis ini, jelas bahawa perbuatan bertemu dan mempercayai tilikan dan ramalan adalah ditegah kerana boleh menggoyahkan akidah.


Seseorang boleh tergoyah akidah jikalau dia mempercayai ada kuasa lain yang menentukan masa hadapan. Masa hadapan dan nasib seseorang hanya diketahui Allah SWT, dan Rasulullah SAW sendiri mengaku bahawa baginda tidak tahu apa akan berlaku masa akan datang.

Namun, membuat andaian dengan petanda yang adalah berbeza sama sekali dengan tilikan. Ia diharuskan berdasarkan andaian dan agakan pada kebiasaan serta pengalaman, bukan kerana meramal masa hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/15
`