ANTARA GRO yang ditahan di pusat hiburan terkenal di ibu kota. FOTO Ihsan JIM
Khairul Najib Asarulah Khan
khairul.najib@nstp.com.my

BERGAYA ala model catwalk dan berpakaian seksi sebelum menerima kalungan bunga atau mahkota dengan harga bermula RM100 hingga RM1,000.

Itu antara pakej tarikan sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota apabila menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO).

Bagaimanapun, kegiatan mereka ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) apabila 28 warga asing termasuk 24 wanita dalam serbuan jam 10 malam, Rabu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memeriksa 55 warga asing sebelum 26 daripada mereka ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, mereka terdiri 16 wanita warga Thailand, Vietnam (6) serta Laos (1) selain dua lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki Thailand.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai pekerja premis bagi siasatan lanjut.

“Ketika pemeriksaan ada beberapa GRO hampir dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

“Beberapa penjaga premis bouncer menghalang anggota penguat kuasa yang mahu menahan wanita itu hingga berlaku pergelutan sebelum mereka ditahan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:35 AM