Vivo

KEJAYAAN terbaru Vivo dalam dunia telefon pintar dan peranti dirai menerusi NEX 3. Ia mentakrifkan semula peranti standard flagship untuk pengguna yang mencari telefon mudah alih premium yang terbaik.


Bergaya dengan reka bentuk paparan FullView Waterfall yang inovatif, gabungan tiga kamera dengan kamera utama 64MP dan penuh dengan aplikasi pintar, NEX 3 memberikan pengguna pengalaman telefon pintar baru ke tahap tertinggi.

Menyuarakan idea yang sama dalam kemajuan dan pembangunan diri, tiga tokoh terkemuka dalam industri masing-masing bercakap mengenai bagaimana mereka mengendalikan kehidupan dunia perniagaan.


Pereka kasut dan ahli perniagaan Chisty Ng, berkata dalam reka bentuk, kita belajar menyelesaikan masalah.

Katanya sama seperti cara NEX 3 dipatenkan, paparan POLED Waterfall FullView baru memaparkan skrin telefon pintar melangkaui kemampuan dengan tepi melengkung yang sempurna untuk memberikan pengguna pemandangan yang lebih luas dan pengalaman visual yang lebih mendalam.

Melangkah antara estetika dan ergonomik juga adalah sesuatu yang menjadi fokus Ng setiap hari terutama dalam mereka bentuk kasut dan beg untuk semua orang.


Dalam aliran yang sama, NEX 3 direka dengan fungsi hebat tanpa menjejaskan penampilannya yang rapi dengan rekaan sentuhan kawalan unibody di mana pengguna akan menemui ‘butang’ interaktif yang semuanya ‘disembunyikan’ dalam skrin.

Apa yang menarik mengenai paparan ini adalah cahaya sekeliling pelbagai senario pada skrin melengkung yang membuka pintu ke pengembaraan audiovisual baru dengan pengecaman irama muzik dan peringatan pemberitahuan yang niki.

Untuk rasa yang lebih sensasi, fungsi Touch Sense juga boleh bertindak balas dengan maklum balas haptik sama seperti butang fizikal untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih nyata, selesa dan futuristik.

Sama seperti ciri-ciri Vivo NEX 3, tanggapan pertama adalah kunci penting dalam dunia fesyen.


Bagi ikon fesyen dan Pengetua Akademi Amber Chia, Amber Chia dia bersetuju kehidupan dalam dunia perniagaan adalah hasil kerja kerja setiap individu.

“Adalah penting untuk kekal relevan dalam industri. Oleh itu, saya perlu memastikan diri sentiasa mengikut peredaran masa dalam dunia fesyen dan teknologi kerana dunia sentiasa berubah,” kata supermodel berusia 38 tahun itu.

Beliau juga menasihati usahawan untuk tidak berhenti meningkatkan dan memperbaiki semua aspek dalam kehidupan.

Sama seperti kebanyakan penaiktarafan terbaru telefon pintar flagship Vivo, Amber sangat menyukai Triple Camera Setup yang dilengkapi dengan kamera utama 64MP,

kamera sudut lebar 13MP dan kamera telekospik 13MP memberikan pengalaman fotografi yang sebenar.

Amber juga amat menyukai kamera depan 16MP yang boleh dinaikkan membawa NEX 3 ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman swafoto yang unik.

Gambar nyata lebih jelas dan kualiti kamera hadapan menjadikan rakaman video secara langsung atau streaming benar-benar menyeronokkan.

“Ia menjadikan anda kelihatan sangat bagus didalamnya,” katanya.


Penerbit Digital Burda Luxury Digital Asia Richard Nilsson percaya dunia digital dan internet bergerak lebih pantas daripada apa yang kita fikirkan.

Selaras dengan etosnya, Vivo terus memastikan langkah-langkah inovatif yang terbaik untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang melangkaui batasan.

NEX 3 dikuasai dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan UFS 3.0 memori berkelajuan tinggi untuk memastikan prestasi maksimum disamping memastikan keupayaan pengisian bateri lebih cepat menerusi teknologi penjimatan kuasa FlashCharge 22.5W dan C-DRX.

Terdapat juga sistem penyejukan untuk memastikan telefon pintar tetap sejuk walaupun dengan penggunaan yang kerap.

Anda juga boleh bergantung harap dengan pembantu Vivo AI iaitu Jovi dengan menaik taraf beberapa aplikasi termasuk Jovi Smart Scene bagi menyokong tugasan harian dan Jovi Image Pecognizer untuk mengatur segalanya dari carian, adegan, wajah dan banyak lagi.

Seperti mana pentingnya rakan kongsi perniagaan sebagai aset dalam perniagaan, Vivo NEX 3 adalah peranti hebat yang harus dimiliki untuk memudahkan urusan dalam dunia perniagaan. #NEX3 #FutureBeyondEdges #vivoMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 5:18 PM